Monday, September 28, 2009

Taklimat Program Rakan Muda Menjejak Gunung Nuang

Perhatian kepada semua peserta Program Rakan Muda Menjejak Gunung Nuang, satu taklimat akan diadakan seperti butiran berikut:
Tarikh : 29 September 2009
Hari : Selasa
Masa : 8.00 malam
Tempat : Bilik Pameran, Bitarasiswa
Oleh itu, semua peserta wajib hadir bagi mengesahkan penyertaan anda. Anda diminta membawa RM 5 bagi bayaran baju program. Kerjasama semua amatlah diharapkan. Sekian, terima kasih.
"PRIHATIN, MAHIR, DINAMIK"

Wednesday, September 16, 2009

UCAPAN KHAS NAIB CANSELOR UPSI SEMPENA AIDILFITRI

"Selepas sebulan kita menunaikan ibadah puasa pada bulan Ramadan, kita seluruh warga UPSI yang beragama Islam menyambut pula Hari Raya Aidilfitri. Bulan Ramadan yang mulia meninggalkan kita dengan seribu kenangan betapa manisnya beribadah dan dalam masa yang sama mendidik kita agar bersimpati kepada mereka yang tidak bernasib baik.

Semoga Ramadan tahun ini memberi makna yang tidak ternilai kepada kita dalam membentuk diri menjadi muslimin dan muslimat yang saling mengasihani sesama insan dan mendekatkan diri dengan Allah SWT.

Kepada semua warga UPSI sama ada kakitangan mahupun pelajar, saya mengucapkan selamat pulang ke kampung halaman masing-masing untuk meraikan hari kemenangan Aidilfitri. Hari yang bermakna ini, bukan sahaja untuk kita bergembira bersama sanak-saudara dan rakan-taulan malah menjadi hari untuk kita memperkukuhkan semula ikatan silaturahim.

Berhati-hatilah ketika memandu pulang ke kampung menemui orang-orang tersayang. Saya mendoakan semoga kita semua sampai dengan selamat untuk bersama-sama di sisi keluarga menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Kepada pelajar, selamat bertemu sanak-saudara dan kembalilah ke pangkuan ibu dan bapa untuk memohon keampunan. Jasa mereka terlalu besar dalam kehidupan anda untuk meniti kejayaan menjadi seorang mahasiswa seperti hari ini.

Bagi pihak diri saya, kepada semua warga UPSI, saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan atas segala kesilapan dan tutur kata seandainya ada yang menyentuh hati sepanjang waktu kita bertugas demi menjayakan aspirasi universiti yang tercinta ini."

Cantik berseri bunga dahlia
Hendak dibeli barang seikat
Restu Ilahi di bulan mulia
Moga Aidilfitri bertambah berkat...

Terang bulan pasang pelita
Cahaya gemilang berseri-seri
Bermaaf-maafan sesama kita
Sempena menyambut Aidilfitri...

Songket jalur jual di pekan
Pekan Kuah asal negeri
Salam dihulur tanda kemesraan
Jalinkan ukhwah di Aidilfitri...

Profesor Dato' Dr. Aminah Ayob
Naib Canselor UPSI

Tuesday, September 15, 2009

perhatian!!!!!

diminta kepada semua mahasiswa/i yang bakal menyertai program mendaki ke gunung nuang untuk menyerahkan saiz baju anda dengan kadar yang segera kepada

dauzz: 0194601057..

jika anda tidak berbuat demikian....terima sajalah yang ada.harap maklum.

Monday, September 14, 2009

Salam Lebaran 1430 H


Tinggal beberapa hari sahaja lagi, bulan mulia Ramadhan akan meninggal kita. Melangkah bulan kemenangan umat Islam iaitu bulan Syawal yg diraikan dengan penuh warna-warni. Kami dari barisan Sekretariat Rakan Muda ingin mengucapkan selamat pulang bercuti kpd teman2 seperjuangan di UPSI dan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga tercinta. Kpd sahabat yg x dpt pulang bercuti, semoga anda gembira menyambut lebaran kali ini walaupun jauh dari mata sanak saudara. Kami juga ingin memohon maaf sekiranya ada salah & silap.


Andai jemari tak sempat berjabat,
Andai raga tak dapat bertatap,
Seiring beduk yang menggema,
Seruan takbir yang berkumandang,
Kami aturkan salam menyambut Hari Raya Aidilfitri,
Jika ada kata serta khilaf kami membekas lara,
Mohon maaf zahir dan batin...

Saturday, September 12, 2009

Gambar Mesyuarat Agung SRM Sesi 09/10


Ketibaan ahli Sekretariat Rakan Muda UPSI

Antara ahli SRM yang dapat hadir



Ucapan aluan oleh pengerusi majlis


Mesyuarat bermula

Pembentangan laporan tahunan aktiviti sesi 2008/09 oleh Presiden


Ucapan oleh Penasihat SRM UPSI, En. Muzamil Mahil


Pencalonan baru bagi 9 Rakan dalam SRM







Penyampaian sijil penghargaan kpd AJK sesi 08/09

TAHNIAH ATAS PELANTIKAN AHLI JAWATANKUASA BAHARU BAGI SESI 2009/2010

Pada 11 September 2009, SRM UPSI telah mengadakan mesyuarat agungnya yang bertempat di Auditorium 1. Tahniah dan Syabas diucapkan atas pelantikan anda semua sebagai AJK Sesi 09/10.

Dengan ini, harapan agar AJK baharu dapat memberi komitmen dengan baiknya dan menjadikan SRM UPSI sebagai persatuan yang terbaik di dalam UPSI disamping menjadikan UPSI antara yang SRM IPT yang terbaik di MALAYSIA.

Semoga anda semua akan melaksanakan tugas yang diberikan dengan penuh kebertanggungjawaban.

SELAMAT MENJALANKAN TUGAS.
PRIHATIN-MAHIR-DINAMIK.

Tuesday, September 8, 2009

PERTUKARAN TEMPAT MESYUARAT AGUNG

Mohon perhatian kpd semua warga UPSI, mesyuarat agung SRM sesi 2008/2009 terpaksa ditukar ke Auditorium 1. Harap maklum... segala kesulitan amatlah dikesali. Butirannya seperti di bawah:

JUMAAT
11 SEPTEMBER 2009
JAM 8.30 MALAM
BERTEMPAT DI AUDITORIUM 1

Semua dijemput hadir...

Monday, September 7, 2009

INGIN MENGIKUTI PROGRAM TERBARU KAMI???

Sekretariat Rakan Muda UPSI menganjurkan TIGA program yang
“MENCABAR DAN LASAK”
Bulan berapa???
Program ini akan dijalankan pada bulan Oktober 2009...
Jadi, cepat-cepatlah mendaftar sebagai peserta...

1. PROGRAM MENJEJAK GUNUNG NUANG

TEMPAT : GUNUNG NUANG. ULU LANGAT, SELANGOR

TARIKH : 2 – 4 OKTOBER 2009

BAYARAN : RM 15

PESERTA : 80 ORANG
_____________________________________________________________________

2. PROGRAM EXPLORE THE LARGEST NATURAL LIMESTONE CAVE

TEMPAT : GUA TEMPURUNG, GOPENG, PERAK

TARIKH : 10 OKTOBER 2009

BAYARAN : RM 25

PESERTA : 40 ORANG

_____________________________________________________________________

3. PROGRAM SURVIVOR RAKAN MUDA

TEMPAT : GRIK, PERAK

TARIKH : 16 – 18 OKTOBER 2009

BAYARAN : RM 15

PESERTA : 40 0RANG

_____________________________________________________________________

  • KEPADA SESIAPA YANG BERMINAT, SILA DAPATKAN BORANG DI PEJABAT SEKRETARIAT RAKAN MUDA UPSI, BITARASISWA.
  • BORANG PERLU DISERAHKAN SEBELUM ATAU PADA 18 SEPTEMBER 2009 ( JUMAAT )
  • UNTUK KETERANGAN LANJUT, HUBUNGI:

DAUZZ (019-4601057)
HABIB (019-4526524)
IMAN (013-4064393)

MESYUARAT AGUNG SRM UPSI

MEMO
SEKRETARIAT RAKAN MUDA
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

MESYUARAT AGUNG SRM UPSI
SESI 2008 / 2009

11 SEPTEMBER 2009
JAM 8.30 MALAM
BERTEMPAT DI BILIK PAMERAN, BITARASISWA

ANDA MAHASISWA/I DIJEMPUT HADIR KE MESYUARAT BAGI MENGETAHUI MENGENAI SEKRETARIAT RAKAN MUDA UPSI.


AKAN DIADAKAN JUGA PERLANTIKAN ORGANISASI BARU BAGI SESI 2009/2010. SESIAPA YANG BERKELAYAKAN DIJEMPUT HADIR.