Friday, January 22, 2010

Hari Terakhir Pendaftaran Ahli Baru SRM

Assalamualaikum semua...

Syukur Alhamdulillah, selama 3 hari berlangsungnya pendaftaran ahli baru SRM UPSI semuanya berjalan dengan lancar & terancang. Kali ini, SRM telah berjaya memenangi hati mahasiswa/i UPSI sebagai salah satu kelab di bawah naungan Kementerian Belia & Sukan (KBS) dengan mencatatkan angka keahlian di luar dugaan. Setiap hari, kedatangan ahli baru yg mendaftar semakin bertambah. Walaupun hari ini Bitarasiswa sesak disebabkan oleh hari penamaan calon bagi PRK sesi 2009/2010, namun sambutan amat menggalakkan. Secara kasarnya, jumlah keahlian baru setakat ini hampir 450 orang. Rata-rata yg dapat dilihat, kebanyakkannya merupakan pelajar2 semester 2, 3, 4 & 5. Sebelum ini, SRM sendiri mempunyai ahli yg berdaftar kira-kira 460 orang walaupun tidak mengambil kira ahli yg telah menjalani latihan praktikum mahupun yg telah tamat belajar. Syabas & tahniah diucapkan kepada semua barisan sekretariat kerana usaha kita selama ini amat berbaloi malah hasil yg diperolehi adalah di luar jangkaan semua. Kepada semua ahli baru & tidak lupa juga ahli lama, sokongan anda kepada SRM amatlah diharapkan. Kami di sini siap sedia menerima pandangan, pendapat mahupun kritikan untuk sama2 memantapkan lagi Sekretariat Rakan Muda UPSI.

Terima kasih semua...

...Yakin Boleh Gemilang...

Thursday, January 21, 2010

Hari Kedua Pendaftaran Ahli Baru SRM

Khamis, 21/01/10 :

Pertama sekali, ucapan sekalung penghargaan diucapkan kpd semua sekretariat yang bertugas dengan penuh sabar & cekap. Hari ini sahaja, pihak SRM berjaya mencatatkan jumlah keahlian yg lebih tinggi daripada hari semalam iaitu kira-kira 200 org pelajar. Keadaan agak kelam-kabut juga dalam pejabat SRM semasa tengahari tadi. Hal ini kerana, ramai ahli baru yg datang untuk mendaftarkan diri. Borang penyertaan juga terpaksa dibuat salinan lagi & buku resit juga telah habis digunakan. Agak meriah juga pada ketika itu. Namun, barisan sekretariat dapat mengendalikan keadaan tersebut dengan tenang & terkawal. Syukur Alhamdulillah... Seperti biasa, sambutan yang menggalakkan ini terdiri daripada majoritinya mahasiswi dari semester yg berbeza. Esok merupakan hari terakhir pendaftaran ahli baru SRM, diharapkan agar mahasiswa juga mengambil kesempatan ini utk menjadi ahli. Kepada sesiapa yg berminat & masih lagi belum menjadi ahli, kalian dialu-alukan utk datang ke pejabat SRM esok hari. Sekali lagi, terima kasih kpd semua sekretariat yg bersusah payah & sanggup meluangkan masa bagi menjayakan hari pendaftaran kali ini. Salam sayang daripada barisan SRM UPSI kpd semua ahli tidak kira lama & baru...

Yakin Boleh Gemilang

1 Belia 1 Malaysia

Wednesday, January 20, 2010

Hari Pertama Pendaftaran Ahli Baru SRM

Rabu, 20/01/10 :

Alhamdullillah, sambutan yang amat menggalakkan diberikan oleh semua ahli-ahli baru SRM UPSI. Hari ini sahaja SRM berjaya mencatatkan jumlah keahlian yang paling tinggi dalam sejarah, dalam tempoh 1 hari. Hampir 100 orang ahli baru telah mendaftarkan diri menjadi sebahagian ahli keluarga SRM dan seterusnya menambah lagi bilangan ahli SRM yang pada ketika ini seramai 460 orang. Sebilangan besarnya adalah daripada mahasiswi. Pihak sekretariat mengalu-alukan mahasiswa pula utk sama2 mendaftarkan diri menjadi ahli SRM dan menyertai program2 yang akan dianjurkan kelak. Tempahan baju juga agak tinggi tetapi pihak kami memahami masalah kewangan yang dialami oleh ahli baru yang belum mendapatkan lagi wang pinjaman mereka. Semoga hari esok & lusa lebih ramai lagi pelajar UPSI datang ke Bitarasiswa & mengunjungi pejabat SRM. Terima kasih daun keladi kepada pihak sekretariat yg memulakan tugas dgn baik pd hari pertama ini. Teruskan usaha kalian semua...

Yakin Boleh Gemilang

1 Belia 1 Malaysia

MPP UPSI Sesi 2009/2010

Bismillahirrahmaanirrahim…
Assalaamu'alaikum w.b.t, salam sejahtera serta salam ukhuwwah kepada semua…..

Pada kesempatan ini, kami pihak Sekretariat Rakan Muda UPSI ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada semua barisan Majlis Perwakilan Pelajar UPSI kerana telah berkhidmat dengan penuh dedikasi dan cemerlang bagi sesi 2008/2009. Pelbagai khidmat dan pengorbanan yang telah dicurahkan oleh MPP UPSI dalam menjaga aspirasi, hak serta kepentingan warga kampus dan seterusnya menaikkan nama UPSI di persada negara mahupun antarabangsa. Jasa dan budi kalian semua amatlah besar. Tahniah dan syabas MPP UPSI sesi 2008/2009.

Kepada bakal MPP sidang 2009/2010 diharapkan akan terus menjadi wadah dan suara kepada mahasiswa/i dalam melahirkan pandangan yang dilontar atas dasar rasional tanpa mengetepikan tuntutan pendirian. Atas dasar keterbukaan dan kebersamaan, MPP sebenarnya milik semua dan membawa aspirasi setiap antara kita.

Tarikh penting bagi pemilihan calon MPP sesi 2009/2010:

RABU - 20/01/2010
NOTIS Perisytiharan PEMBUBARAN MPP 2008/2009.

KHAMIS - 21/01/2010
8.30 pagi hingga 5.00 petang
Tempoh penjualan Borang Pencalonan
Bilik Mesyuarat Utama,
Aras Dua, Blok A, Bangunan JHEPA.

JUMAAT - 22/01/2010
8.30 pagi hingga 11.00 pagi
HARI PENAMAAN CALON (Bergambar)
Bitarasiswa (Bilik Seminar)

12.00 tengah hari
Pengumuman calon-calon yang layak bertanding
Bitarasiswa (Bilik Seminar)

2.45 petang hingga 3.45 petang
Rayuan, bantahan dan penarikan diri pencalonan
Bitarasiswa (Bilik Sekretariat Pencegahan Rasuah)

4.45 petang
PENGUMUMAN AKHIR CALON YANG LAYAK BERTANDING (JIKA ADA PERUBAHAN)
Bitarasiswa (Bilik Seminar)

5.30 petang
Taklimat kepada calon-calon yang layak bertanding dan wakil calon-calon
Bitarasiswa (Bilik Seminar)

6.30 petang hingga 12.00 t/mlm
Kempen Pemilihan
1. Kampus Sultan Abdul Jalil
2. Kolej-kolej Kediaman

SABTU - 23/01/2010
hingga
RABU - 27/01/2010
8.30 pagi hingga 12.00 t/mlm
Kempen Pemilihan
1. Kampus Sultan Abdul Jalil Shah
2. Kolej-kolej Kediaman

KHAMIS - 28/10/2010
8.30 pagi hingga 5.00 petang
HARI PEMILIHAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR (MPP) SESI 2009/2010
1. Bitarasiswa
2. Dewan SITC
3. Dewan Serba guna Kolej Za’ba
4. Dewan Serbaguna KUO
5. Foyer Kolej Harun Aminurrashid
6. Perpustakaan Tuanku Bainun
7. Foyer KDP

5.30 petang
PENGUMUMAN KEPUTUSAN PEMILIHAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR SESI 2009/2010
Dewan SITC

JUMAAT - 29/10/2010
8.30 pagi hingga 10.00 pagi
Rayuan dan bantahan keputusan Pemilihan (jika ada)
Bilik Mesyuarat RMC
Aras 3, Bangunan Canselori

12.00 tengahari
Keputusan rasmi dan muktamad Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2009/2010
Papan Kenyataan Utama di kampus induk dan kolej-kolej kediaman dan Laman web

3.30 petang
Taklimat kepada MPP Sesi 2009/2010 Bilik Mesyuarat Utama JHEPA

Friday, January 15, 2010

Kunjungi Facebook SRM UPSI

Salam 1 Belia, 1 Malaysia

Kepada semua pengunjung blog SRM UPSI, kami daripada barisan sekretariat amat berbangga di atas sambutan yang telah diberikan oleh anda semua khususnya ahli SRM dan amnya pelajar UPSI. Kini, SRM UPSI telah mengorak langkah dengan menyediakan kemudahan kepada anda melalui Facebook Sekretariat Rakan Muda UPSI untuk anda menyatakan pandangan, pendapat, kritikan mahupun nasihat kepada pihak kami. Segala yang baik diharapkan kita dapat kongsi bersama dan menjadikan SRM UPSI sebagai sebuah persatuan yang dicintai oleh semua.

Anda boleh membuat carian menggunakan Sekretariat Rakan Muda UPSI.

Kerjasama daripada anda kami dahulukan dengan jutaan terima kasih...

Yakin Boleh Gemilang.

Wednesday, January 6, 2010

PENDAFTARAN AHLI BARU & KEMASKINI KEAHLIAN LAMA

ANDA BERMINAT MENJADI AHLI SRM?

INGIN MENYERTAI AKTIVITI-AKTIVITI YANG DIANJURKAN OLEH SRM?

KINI PELUANG DIBUKA KEPADA ANDA UNTUK MENJADI AHLI SRM...

TARIKH: 20, 21 & 22 JANUARI 2010
HARI : RABU, KHAMIS & JUMAAT
TEMPAT: PEJABAT SRM, BITARASISWA
MASA: 9.00 PAGI – 5.00 PETANG


SILA BAWA BERSAMA RM10 UNTUK YURAN PENDAFTARAN SEUMUR HIDUP & SEKEPING GAMBAR TERKINI.

TERDAPAT JUGA JUALAN BAJU SRM KEPADA AHLI DENGAN HARGA RM25.


DATANGLAH BERAMAI-RAMAI UNTUK MENDAFTAR !!!

Untuk keterangan lanjut, hubungi:
Saudara Habib : 017-5882210
Saudara Jalal : 013-4684606