Wednesday, February 24, 2010

SALAM MAULIDUR RASUL 1431 HIJRAH


Selawat dan salam kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W, penghulu segala rasul, pembawa rahmat sekalian alam. Pada setiap 12 Rabiul Awal, kita semua menyambut hari kelahiran Nabi Muhammad S.A.W sebagai tanda kita menzahirkan kasih dan sayang serta sanjungan kita terhadap Baginda S.A.W. Dengan mengingati baginda dan menyambut Maulidur Rasul. Agama Islam yang disampaikan oleh Rasulullah S.A.W adalah addin atau cara hidup yang menyuluh kehidupan manusia dengan mentauhidkan diri kepada Allah S.W.T. Sesungguhnya, kelahiran Rasulullah S.A.W adalah rahmat kepada sekalian alam seperti firman Allah S.W.T dalam surah Al-Ambia’ ayat 107 yang bermaksud :

“Dan tiadalah kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam”.

Pada sambutan Maulidur Rasul kali ini, marilah kita bersama-sama melihat bagaimanakah sifat dan keperibadian rasulullah s.a.w boleh memberi kekuatan dan contoh kepada kita untuk menjadi seorang muslim yang sebenar. Kami daripada barisan Sekretariat Rakan Muda UPSI ingin mengucapkan selamat menyambut Maulidur Rasul 1431 Hijrah / 2010 Masihi.

Fiesta Ilmu Kolej Aminuddin Baki, UPSI

Adalah dimaklumkan, Jawatankuasa Mahasiswa Kolej Aminuddin Baki, UPSI akan mengadakan Hari Terbuka Kolej Aminuddin Baki seperti butiran berikut :

Tarikh : 25-28 Februari 2010
Masa : 8.00 pagi - 11.00 malam
Lokasi : Foyer dan perkarangan Kolej Aminuddin Baki, UPSI

Pelbagai acara dan aktiviti disediakan seperti Pertandingan Khat, Pertandingan Gubahan Pengantin/Hantaran, Forum Perdana (Cinta dan Air Mata), Kempen Derma Darah, Pemeriksaaan Kesihatan dan Anti Dadah, Bersama Novelis , Sukan Terbuka, Paint Ball,Pertandingan Nasyid (Penampilan Khas : Devotees), Senam Robik Perdana), Pertandingan Kompang, Demontrasi Bersama Penjara Malaysia, Anakku Sihat, Pertandingan Dikir Barat (Penampilan Khas : Halim Yazid), Marathon KAB, Pertandingan Debat Piala Pengetua KAB, Pertandingan Busana Muslimah bersama FAREEDA SCAFT, AutoShow, Pertunjukan Drift bersama Kelab Drift Evolusi, Pertandingan Koir dan Kugiran dan Majlis Penutup (Penampilan Khas : Akbar dan Bienda).

Semua adalah dijemput hadir memeriahkan festival ini.

Sumber : www.upsi.edu.my

Sunday, February 21, 2010

PENYERAHAN BAJU SRM UPSI

Salam Rakan Muda,

Perhatian kepada semua ahli SRM yang telah membuat tempahan baju, anda boleh mengambil baju tersebut seperti butiran di bawah :

Hari : Rabu - Jumaat
Tarikh : 24 - 26 Februari 2010
Masa : 9.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : Pejabat SRM UPSI, Bangunan Bitarasiswa

Makluman kepada ahli yang belum membuat pembayaran baju tersebut, anda dikehendaki membawa wang RM25.00 bagi memudahkan urusan pihak sekretariat. Sebarang masalah sila hubungi pihak sekretariat. Kerjasama anda amatlah diharapkan. Terima kasih...

1 Belia 1 Malaysia