Thursday, May 13, 2010

Gambar Program RMWD Segari, Lumut

Mesyuarat penyelerasan kali terakhir sebelum program bermula

Sesi penyerahan keluarga angkat

Para peserta tidak sabar untuk menerima keluarga angkat

Ceramah agama anjuran KEMAS

Senamrobik & senaman pagi bersama penduduk kampung

Program Tabur Bakti Khidmat Masyarakat
(mengecat masjid)

Program motivasi pelajar & LDK

Pelajar UPSR yang terlibat dengan motivasi

Pelajar PMR & SPM

Persekitaran dewan kampung yang indah & permai

Sukaneka peserta UPSI dan keluarga angkat

Gotong-royong menyediakan kenduri kampung (masak2)

Seekor lembu ditumbangkan untuk menjadi juadah kenduri

Persembahan pelajar UPSI sempena Malam Kebudayaan

Perbincangan AJK dan pegawai penyelaras
berlatarbelakangkan mural hasil karya peserta

Cenderahati program untuk majlis penutup

Majlis perasmian penutup program RMWD

Peserta program bergambar kenangan

Bilangan peserta lelaki daripada 79 keseluruhan peserta

Menikmati juadah untuk kali terakhir bersama keluarga angkat masing2

Kain rentang majlis penutup

Tugu 1 Malaysia dan mercu tanda hasil pelajar UPSI

Suasana sebelum berangkat pulang

Sebelum pulang ke UPSI, singgah sebentar di pekan Lumut
untuk membeli sedikit buah tangan

Program RMWD Segari, Lumut

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Alhamdulillah, Program Rakan Muda Wawasan Desa (RMWD) anjuran PBSD Daerah Manjung dengan kerjasama SRM UPSI dan JKK Kg. Batu 3, Segari telah berlangsung dengan jayanya. Program tersebut yang bermula pada 8 hingga 11 Mei bertempat di Kg. Batu 3, Segari melibatkan 79 orang mahasiswa dan mahasiswa UPSI yang diterajui oleh Saudara Mohd. Habibullah merangkap presiden SRM UPSI.

Program RMWD memberi peluang kepada mahasiswa untuk tinggal bersama keluarga angkat dan bergaul bersama penduduk kampung dengan melakukan pelbagai aktiviti bersama-sama. Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah seperti ceramah agama anjuran KEMAS, senamrobik, program Tabur Bakti berbentuk khidmat masyarakat, sukaneka, gotong-royong, melapah lembu untuk kenduri, membuat mural dan mercu tanda 1 Malaysia, malam kebudayaan, motivasi pelajar UPSR, PMR dan SPM serta lain-lain.

Selama 4 hari 3 malam, pelbagai kenangan indah telah terpahat di dalam hati setiap peserta program dan penduduk kampung. Kerjasama dan layanan keluarga angkat kepada para peserta amat baik yang membuatkan keadaan begitu sayu sebelum berpisah. Justeru, kami pihak SRM UPSI merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih atas kerjasama daripada pihak Jabatan Belia dan Sukan Daerah Manjung, JKK Kampung Baru 3, Segari serta semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung bagi menjayakan program ini. Insyaallah, andai ada kelapangan waktu kami akan melawat keluarga di sana. Jumpa lagi, wassalam...