Friday, July 30, 2010

MESYUARAT AGUNG SRM UPSI SESI 2009 / 2010

Perhatian kepada semua ahli SRM UPSI

Sukacita dimaklumkan bahawa Sekretariat Rakan Muda UPSI akan mengadakan Mesyuarat Agung pemilihan bagi ahli jawatankuasa baru SRM UPSI bagi sesi 2010/2011. Terbuka kepada semua ahli yang berminat dan dijemput hadir ke majlis tersebut seperti berikut :

Hari : Isnin
Tarikh : 9 Ogos 2010
Masa : 8.30 malam
Tempat : Auditorium 1

Seterusnya, program tersebut juga dirancang dengan penuh teliti bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan ahli SRM UPSI dan juga barisan sekretariat. Segala kerjasama anda diucapkan ribuan terima kasih.

Wednesday, July 28, 2010

Program Jati Diri Pelajar Asrama

Sekretariat Rakan Muda UPSI dengan kerjasama Mahasiswa Anak Pahang (MAMPAN) akan menganjurkan sebuah program seperti butiran di bawah :

Program : Jati Diri Pelajar PMR & SPM
Tempat : Sek. Men. Agama Al-Maarif, Felda Bukit Goh, Kuantan, Pahang
Tarikh : 6 hingga 8 Ogos 2010

Seramai 20 orang fasilitator akan terlibat dalam program ini. Ianya melibatkan barisan sekretariat dengan ahli SRM yang terpilih.

Monday, July 26, 2010

Gambar Ekspedisi Menjejak Gunung Datuk 2010


Tukang2 masak yang diimport khas daripada hotel 5 bintang

Acara mengangkat barang ke kawasan perkhemahan

Senaman pertama setelah turun daripada bas

Peserta memasang khemah dengan bekerjasama dalam kumpulan

Berkumpul pada awal pagi

Segelintir peserta & sekretariat bergambar sebelum pendakian bermula

Taklimat ringkas diberikan oleh pemandu arah Gunung Datuk

Pendakian Gunung Datuk bermula

Berehat sebentar di pertengahan pendakian

Mard & pengarah Joe 'the last man'

Tibanya di puncak Gunung Datuk

Menikmati panaroma indah dari puncak gunung

3 senior yang sempoi & kuat

Wajah-wajah kepuasan setelah puncak berjaya ditawan

Gelagat peserta di atas puncak

Bergambar kenangan bersama Jan, NYDP MPP UPSI

Gambaran dari atas wajah kepenatan

Kain rentang program menjadi rebutan untuk mengambil gambar

Tahniah! SRM UPSI berjaya menawan puncak Gunung Datuk !!!

Segelintir yang tiba awal, kelihatan begitu penat & lapar

Tuesday, July 20, 2010

Taklimat Program Menjejak Gunung Datuk

Perhatian kepada semua peserta program Menjejak Gunung Datuk di Gunung Datuk, Rembau, Negeri Sembilan, taklimat akan diadakan seperti butiran berikut :

Tarikh : 22 Julai 2010
Hari : Khamis
Tempat : Auditorium 2
Masa : 8.00 malam

Oleh itu, mohon kerjasama semua peserta untuk hadir ke taklimat tersebut bagi mengetahui perjalanan terperinci tentang program kelak. Kepada peserta yang ingin menarik diri, sila maklumkan lebih awal bagi memudahkan urusan pihak sekretariat. Kerjasama kalian amatlah diharapkan, terima kasih...

Tuesday, July 13, 2010

Ekspedisi Menjejak Gunung Datuk 2010


Sekretariat Rakan Muda UPSI akan menganjurkan program “MENCABAR DAN LASAK” sempena pembukaan semester baru 2010/2011


Program : Menjejak Gunung Datuk 2010

Tempat : Gunung Datuk, Rembau, Negeri Sembilan

Tarikh : 24 – 25 Julai 2010

Bayaran : RM 30 (termasuk baju program)

Peserta : 60 orang sahaja

Kepada ahli SRM yang berminat, pendaftaran penyertaan anda boleh dibuat seperti butiran berikut :

Hari : Khamis

Tarikh : 15 Julai 2010

Masa : 9.00 pagi - 5.00 petang

Tempat : Pejabat SRM UPSI, Bangunan Bitarasiswa


Penyertaan adalah terhad dan terbuka kepada semua ahli SRM sahaja. Siapa cepat, dia dapat...


Sebarang kemusykilan atau pertanyaan, layari Facebook SRM UPSI... terima kasih.


Design baju program

(klik pada gambar untuk lihat)

Sunday, July 4, 2010

Selamat Datang Ke UPSI


Kami daripada pihak Sekretariat Rakan Muda UPSI ingin mengucapkan selamat datang kepada pelajar baru semester 1 ambilan Julai 2010/2011. Semoga anda semua gembira menjadi warga Anak Kandung Suluh Budiman. Selamat belajar & semoga berjaya dalam setiap perkara yang anda lakukan. Salam sayang daripada SRM UPSI...(",)