Program anjuran Rakan Kecergasan, SRM UPSI ini akan diadakan selama 3 hari 2 malam yang bertujuan untuk mendedahkan kepada pelajar UPSI mengenai keindahan flora dan fauna serta mengenali reka bentuk gunung yang terdapat di Malaysia. Selain itu, ia juga bertujuan mewujudkan semangat cintakan alam sekitar serta meningkatkan tahap kecergasan dalam kalangan peserta program. Program ini bertemakan "Membentuk kecergasan mahasiswa sejagat". Program yang berkonsepkan kecergasan, lasak dan cintakan kehidupan alam semulajadi melibatkan setiap orang peserta yang akan mendaki Gunung Nuang yang dikelilingi flora dan fauna yang memukau. Melalui program ini, peserta dapat mengenali dan menikmati keunikan bentuk muka buminya yang menarik kunjungan pendaki tempatan dan luar negara.
Tentatif Program
2hb Oktober 2009 (Jumaat)
2.30 ptg - Berkumpul di hentian bas Auditorium, pembahagian barang2
2.45 ptg - Majlis perasmian Menjejak Gunung Nuang 2009
3.00 ptg - Bertolak ke Gunung Nuang, Hulu Langat
5.00 ptg - Dijangka tiba ke destinasi
5.30 ptg - Trekking ke Lolo
8.00 mlm - Persiapan tempat, makan & solat
9.30 mlm - Taklimat keselamatan
10.00 mlm - Minum malam
11.00 mlm - Rehat
3hb Oktober 2009 (Sabtu)
6.00 pg - Persiapan diri & solat Subuh
7.00 pg - Sarapan
8.00 pg - Ekpedisi mendaki
11.00 pg - Dijangka tiba di Base Kem
12.00 tgh - Makan tengahari
12.30 tgh - Pendakian diteruskan ke puncak Gunung Nuang
2.00 ptg - Dijangka tiba di puncak Gunung Nuang
3.00 ptg - Bertolak turun ke Lolo
6.30 ptg - Dijangka tiba di Lolo, persiapan diri, solat dll
9.00 mlm - Makan malam (BBQ)
11.00 mlm - Rehat
4hb Oktober 2009 (Ahad)
6.00 pg - Persiapan diri & solat Subuh
7.00 pg - Sarapan
8.00 pg - Bertolak turun
12.00 tgh - Dijangka tiba dataran
1.00 ptg - Bertolak pulang ke UPSI
3.00 ptg - Dijangka tiba di UPSI
No comments:
Post a Comment