Tuesday, July 28, 2009

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Sekreteriat Rakan Muda UPSI akan mengadakan satu program MENJEJAK GUNUNG NUANG 2009.
Berikut adalah maklumat program:

Tarikh: 31 Julai hingga 2Ogos
Tempat: Gunung Nuang, Hulu Langat Selangor
Yuran Penyertaan: RM 5

:Penyertaan adalah terhad kepada 80 orang peserta sahaja
:Sijil Penyertaan disediakan

Sebarang maklumat lanjut boleh datang ke bilik SRM UPSI di Bitarasiswa, Malim Sarjana.

Monday, July 27, 2009

Penyerahan Sijil RMWD Lalu

Perhatian kepada semua peserta program Rakan Muda Wawasan Desa IPT bagi Kg. Sungai Kroh, Air Kuning, Tapah, Daerah Batang Padang (27-29 Mac 2009) dan Daerah Larut Matang (9-12 Mei 2009), sijil akan diberikan kepada anda semasa Mesyuarat Agung Tahunan SRM UPSI yang akan diadakan pada 9 Ogos 2009 di Bilik Pameran, Bitarasiswa. Oleh itu, mohon kerjasama anda semua untuk hadir ketika majlis tersebut. Pihak SRM memohon maaf kerana kelewatan penyerahan sijil kepada peserta. Segala kesulitan amatlah dikesali...

Friday, July 10, 2009

Mesyuarat Kali-1 sesi 2009/2010

Tarikh : 9 Julai 2009
Tempat : Bilik Sekretariat Rakan Muda UPSI
Masa : 8.00 – 10.30 malam
Kehadiran : 80%
Agenda mesyuarat:
1. Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah

2. Ucapan aluan Presiden

3. Laporan program Rakan Muda Wawasan Desa (RMWD) IPT semester lalu
- Sungai Siput
- Larut Matang
- Kerian

4. Perancangan takwin SRM sesi 2009/2010

5. Perbicangan program yang tertunda
- Ekpedisi ke Gua Tempurung
- Program ramah mesra ke rumah anak yatim/orang tua
- Lawatan ke Kementerian Belia dan Sukan

6. Program Belia Benci Dadah 2009
- Ditunda untuk mesyuarat akan datang

7. Kem Kecemerlangan Cinta Alam 2009
- Ditunda untuk mesyuarat akan datang

8. Mesyuarat agung sesi 2008/2009
- Menetapkan tarikh mesyuarat
- Menyediakan sijil kepada AJK dan ahli SRM
- Pembahagian tugas AJK pelaksana
- Perlantikan AJK baru (7 Gaya Hidup Rakan Muda)

9. Isu-isu berbangkit
- Pemilihan reka bentuk dan warna baju berkolar untuk ahli SRM UPSI
- Membuat tempahan dengan kadar segera
- Lain-lain

10. Mesyuarat ditangguhkan dengan Tasbih Kifarah dan Surah Al-Asr

Sunday, July 5, 2009



Kami daripada pihak Sekretariat Rakan Muda UPSI ingin mengucapkan selamat datang kepada pelajar baru semester 1. Semoga anda semua gembira menjadi warga Anak Kandung Suluh Budiman. Selamat belajar & semoga berjaya dalam setiap perkara yang anda lakukan. Salam sayang daripada SRM UPSI...(",)