Tuesday, December 29, 2009

Salam 1 Malaysia...

Kepada semua warga UPSI, khususnya ahli Sekretariat Rakan Muda UPSI, kami daripada barisan sekretariat ingin mengucapkan selamat kembali ke kampus bagi meneruskan pengajian semester 2 sesi 2009/2010. Kepada pelajar baharu ambilan Disember, selamat datang diucapkan kepada anda semua. Semoga kita semua memantapkan lagi diri dan merealisasikan azam sempena tahun baru 1431 Hijrah serta tahun baru 2010 yang akan tiba tidak lama sahaja lagi.

1 Belia, 1 Malaysia.

Tuesday, November 3, 2009

Hebahan Terbaru Mengenai Program Survival Rakan Muda 2009

Perhatian kepada semua peserta, program Survival Rakan Muda 2009 yang telah mendaftarkan diri dengan pihak sekretariat.


Dukacita dimaklumkan bahawa program Survival ini DIBATALKAN dan akan ditunda ke semester hadapan. Pihak Sekretariat Rakan Muda UPSIdengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak ingin memohon seribu kemaafan atas pembatalan pgram ini. Program ini DIBATALKAN atas alasan-alasan tertentu bagi menjamin keselamatan dan kesjahteraan anda semua. Diharap anda semua memahami situasi yang dialami.

Sekali lagi, pihak SRM UPSI ingin memohon kemaafan atas pembatalan program ini.

Sebarang masalah, sila emailkan kepada srmupsi@yahoo.com

Kerjasama anda semua amatlah diharapkan, terima kasih.

' PRIHATIN MAHIR DINAMIK'
YAKIN BOLEH GEMILANG

Wednesday, October 21, 2009

Penyerahan Sijil Program

Perhatian kepada semua peserta Program Rakan Muda Menjejak Gunung Nuang & Program Explore The Largest Natural Limestone Cave, Gua Tempurung, anda boleh mendapatkan sijil program mulai hari ini (21/10/2009) di Pejabat Sekretariat Rakan Muda UPSI, bitarasiswa. Tolong sebarkan berita ini kepada rakan anda yang turut sama menyertai program tersebut. Harap maklum...


YAKIN BOLEH GEMILANG
'PRIHATIN MAHIR DINAMIK'

Tuesday, October 13, 2009

Gambar Program Explore The Largest Natural Limestone Cave

Keadaan persekitaran Gua Tempurung


Sekretariat bergambar bersama sepanduk program

Giliran sebahagian peserta beraksi bersama sepanduk

Bergerak masuk ke dalam gua yang gelap gelita

Antara cabaran yang terpaksa diharungi

Pak Cik Salleh, renjer gua memberikan taklimat berkenaan gua

Pak Cik Salleh yang sporting & sempoi

Gelagat sekretariat & peserta program

Wajah-wajah ceria walaupun lencun & penat

Aksi-aksi sekretariat SRM UPSI dalam gua

Keadaan gua yang amat menakjubkan

Sekretariat Rakan Kecergasan lama & baru

Bergambar kenangan di penghujung gua


Peserta program yang keriangan

Saudara Dauzz, pengarah program mengacau para peserta

Antara barisan sekretariat yg menyertai program

Kenangan abadi SRM UPSI di Gua Tempurung, Gopeng, Perak.

Monday, October 12, 2009

Penangguhan Program Survival Rakan Muda

Makluman kepada semua peserta PROGRAM SURVIVAL RAKAN MUDA yang akan diadakan di GRIK, PERAK pada 16 – 18 OKTOBER 2009, program ini terpaksa ditunda selepas peperiksaan akhir semester. Hal ini kerana terdapat masalah teknikal yg x dapat dielakkan. Pihak SRM UPSI memohon maaf di atas kesulitan yg dialami. Maklumat program ini akan dihebahkan dari semasa ke semasa. Oleh itu, kami memohon agar peserta prihatin & peka dengan perkembangan program ini dgn melayari blog kami. Kerjasama anda amatlah dihargai, sekian terima kasih...
' PRIHATIN, MAHIR, DINAMIK '

Thursday, October 8, 2009

TAKLIMAT PROGRAM EXPLORE THE LARGEST NATURAL LIMESTONE CAVE

Perhatian kepada semua peserta Program Explore The Largest Natural Limestone Cave, satu taklimat akan diadakan seperti butiran berikut:

Tarikh : 8 Oktober 2009
Hari : Khamis
Masa : 8.00 malam
Tempat : Bilik Pameran, Bitarasiswa

Oleh itu, semua peserta wajib hadir bagi mengesahkan penyertaan anda. Kerjasama semua amatlah diharapkan. Sekian, terima kasih.

"PRIHATIN, MAHIR, DINAMIK"

Wednesday, October 7, 2009

Gambar Program Menjejak Gunung Nuang

Meninjau kawasan gunung sehari sebelum bertolak

Bendahari, Cik Wanie menyemak peralatan yg akan dibawa

Pengembaraan bermula

Wajah s/u & presiden yg kepenatan

Wajah2 peserta perempuan yg masih ceria

Khemah dipasang setelah 2 jam berjalan

Sempat jugak 'org kuat' menyediakan ayam BBQ

Lepak jap kat Kem Lolo sebab hujan

Berehat & makan di Kem Pacat

Perjalanan diteruskan ke puncak gunung

Antara yg berjaya menawan puncak Gunung Nuang

Keadaan peserta yg berjaya ke puncak (penat la tu)

Kembali ke tapak khemah dgn selamat walaupun penat

Berkemas sebelum berangkat pulang

Taklimat terakhir oleh pengarah program, Saudara Dauzz

Posing sebelum turun

Semua peserta bergambar kenangan di tapak perkhemahan

Kenangan manis di Gunung Nuang

Peserta bergerak turun

Pengarah program & presiden membincangkan sesuatu


Peserta membersihkan peralatan yg telah digunakan

Khemah juga dicuci sebaik mungkin

Cik Mai dok kemas mess tin yg dh berkilat


Peserta lain x melepas peluang bergambar di kaki gunung

Kenangan semua peserta program kali ini

Gambar terakhir sebelum berangkat pulang

Thursday, October 1, 2009

Program Menjejak Gunung Nuang 2009

Program anjuran Rakan Kecergasan, SRM UPSI ini akan diadakan selama 3 hari 2 malam yang bertujuan untuk mendedahkan kepada pelajar UPSI mengenai keindahan flora dan fauna serta mengenali reka bentuk gunung yang terdapat di Malaysia. Selain itu, ia juga bertujuan mewujudkan semangat cintakan alam sekitar serta meningkatkan tahap kecergasan dalam kalangan peserta program. Program ini bertemakan "Membentuk kecergasan mahasiswa sejagat". Program yang berkonsepkan kecergasan, lasak dan cintakan kehidupan alam semulajadi melibatkan setiap orang peserta yang akan mendaki Gunung Nuang yang dikelilingi flora dan fauna yang memukau. Melalui program ini, peserta dapat mengenali dan menikmati keunikan bentuk muka buminya yang menarik kunjungan pendaki tempatan dan luar negara.

Tentatif Program

2hb Oktober 2009 (Jumaat)

2.30 ptg - Berkumpul di hentian bas Auditorium, pembahagian barang2
2.45 ptg - Majlis perasmian Menjejak Gunung Nuang 2009
3.00 ptg - Bertolak ke Gunung Nuang, Hulu Langat
5.00 ptg - Dijangka tiba ke destinasi
5.30 ptg - Trekking ke Lolo
8.00 mlm - Persiapan tempat, makan & solat
9.30 mlm - Taklimat keselamatan
10.00 mlm - Minum malam
11.00 mlm - Rehat

3hb Oktober 2009 (Sabtu)

6.00 pg - Persiapan diri & solat Subuh
7.00 pg - Sarapan
8.00 pg - Ekpedisi mendaki
11.00 pg - Dijangka tiba di Base Kem
12.00 tgh - Makan tengahari
12.30 tgh - Pendakian diteruskan ke puncak Gunung Nuang
2.00 ptg - Dijangka tiba di puncak Gunung Nuang
3.00 ptg - Bertolak turun ke Lolo
6.30 ptg - Dijangka tiba di Lolo, persiapan diri, solat dll
9.00 mlm - Makan malam (BBQ)
11.00 mlm - Rehat

4hb Oktober 2009 (Ahad)

6.00 pg - Persiapan diri & solat Subuh
7.00 pg - Sarapan
8.00 pg - Bertolak turun
12.00 tgh - Dijangka tiba dataran
1.00 ptg - Bertolak pulang ke UPSI
3.00 ptg - Dijangka tiba di UPSI

Monday, September 28, 2009

Taklimat Program Rakan Muda Menjejak Gunung Nuang

Perhatian kepada semua peserta Program Rakan Muda Menjejak Gunung Nuang, satu taklimat akan diadakan seperti butiran berikut:
Tarikh : 29 September 2009
Hari : Selasa
Masa : 8.00 malam
Tempat : Bilik Pameran, Bitarasiswa
Oleh itu, semua peserta wajib hadir bagi mengesahkan penyertaan anda. Anda diminta membawa RM 5 bagi bayaran baju program. Kerjasama semua amatlah diharapkan. Sekian, terima kasih.
"PRIHATIN, MAHIR, DINAMIK"

Wednesday, September 16, 2009

UCAPAN KHAS NAIB CANSELOR UPSI SEMPENA AIDILFITRI

"Selepas sebulan kita menunaikan ibadah puasa pada bulan Ramadan, kita seluruh warga UPSI yang beragama Islam menyambut pula Hari Raya Aidilfitri. Bulan Ramadan yang mulia meninggalkan kita dengan seribu kenangan betapa manisnya beribadah dan dalam masa yang sama mendidik kita agar bersimpati kepada mereka yang tidak bernasib baik.

Semoga Ramadan tahun ini memberi makna yang tidak ternilai kepada kita dalam membentuk diri menjadi muslimin dan muslimat yang saling mengasihani sesama insan dan mendekatkan diri dengan Allah SWT.

Kepada semua warga UPSI sama ada kakitangan mahupun pelajar, saya mengucapkan selamat pulang ke kampung halaman masing-masing untuk meraikan hari kemenangan Aidilfitri. Hari yang bermakna ini, bukan sahaja untuk kita bergembira bersama sanak-saudara dan rakan-taulan malah menjadi hari untuk kita memperkukuhkan semula ikatan silaturahim.

Berhati-hatilah ketika memandu pulang ke kampung menemui orang-orang tersayang. Saya mendoakan semoga kita semua sampai dengan selamat untuk bersama-sama di sisi keluarga menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Kepada pelajar, selamat bertemu sanak-saudara dan kembalilah ke pangkuan ibu dan bapa untuk memohon keampunan. Jasa mereka terlalu besar dalam kehidupan anda untuk meniti kejayaan menjadi seorang mahasiswa seperti hari ini.

Bagi pihak diri saya, kepada semua warga UPSI, saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan atas segala kesilapan dan tutur kata seandainya ada yang menyentuh hati sepanjang waktu kita bertugas demi menjayakan aspirasi universiti yang tercinta ini."

Cantik berseri bunga dahlia
Hendak dibeli barang seikat
Restu Ilahi di bulan mulia
Moga Aidilfitri bertambah berkat...

Terang bulan pasang pelita
Cahaya gemilang berseri-seri
Bermaaf-maafan sesama kita
Sempena menyambut Aidilfitri...

Songket jalur jual di pekan
Pekan Kuah asal negeri
Salam dihulur tanda kemesraan
Jalinkan ukhwah di Aidilfitri...

Profesor Dato' Dr. Aminah Ayob
Naib Canselor UPSI

Tuesday, September 15, 2009

perhatian!!!!!

diminta kepada semua mahasiswa/i yang bakal menyertai program mendaki ke gunung nuang untuk menyerahkan saiz baju anda dengan kadar yang segera kepada

dauzz: 0194601057..

jika anda tidak berbuat demikian....terima sajalah yang ada.harap maklum.

Monday, September 14, 2009

Salam Lebaran 1430 H


Tinggal beberapa hari sahaja lagi, bulan mulia Ramadhan akan meninggal kita. Melangkah bulan kemenangan umat Islam iaitu bulan Syawal yg diraikan dengan penuh warna-warni. Kami dari barisan Sekretariat Rakan Muda ingin mengucapkan selamat pulang bercuti kpd teman2 seperjuangan di UPSI dan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga tercinta. Kpd sahabat yg x dpt pulang bercuti, semoga anda gembira menyambut lebaran kali ini walaupun jauh dari mata sanak saudara. Kami juga ingin memohon maaf sekiranya ada salah & silap.


Andai jemari tak sempat berjabat,
Andai raga tak dapat bertatap,
Seiring beduk yang menggema,
Seruan takbir yang berkumandang,
Kami aturkan salam menyambut Hari Raya Aidilfitri,
Jika ada kata serta khilaf kami membekas lara,
Mohon maaf zahir dan batin...

Saturday, September 12, 2009

Gambar Mesyuarat Agung SRM Sesi 09/10


Ketibaan ahli Sekretariat Rakan Muda UPSI

Antara ahli SRM yang dapat hadir



Ucapan aluan oleh pengerusi majlis


Mesyuarat bermula

Pembentangan laporan tahunan aktiviti sesi 2008/09 oleh Presiden


Ucapan oleh Penasihat SRM UPSI, En. Muzamil Mahil


Pencalonan baru bagi 9 Rakan dalam SRM







Penyampaian sijil penghargaan kpd AJK sesi 08/09