
Friday, October 30, 2009
Wednesday, October 21, 2009
Penyerahan Sijil Program
Perhatian kepada semua peserta Program Rakan Muda Menjejak Gunung Nuang & Program Explore The Largest Natural Limestone Cave, Gua Tempurung, anda boleh mendapatkan sijil program mulai hari ini (21/10/2009) di Pejabat Sekretariat Rakan Muda UPSI, bitarasiswa. Tolong sebarkan berita ini kepada rakan anda yang turut sama menyertai program tersebut. Harap maklum...
YAKIN BOLEH GEMILANG
'PRIHATIN MAHIR DINAMIK'
YAKIN BOLEH GEMILANG
'PRIHATIN MAHIR DINAMIK'
Tuesday, October 13, 2009
Gambar Program Explore The Largest Natural Limestone Cave
Sekretariat bergambar bersama sepanduk program
Keadaan gua yang amat menakjubkan
Sekretariat Rakan Kecergasan lama & baru
Peserta program yang keriangan
Saudara Dauzz, pengarah program mengacau para peserta
Antara barisan sekretariat yg menyertai program
Kenangan abadi SRM UPSI di Gua Tempurung, Gopeng, Perak.
Monday, October 12, 2009
Penangguhan Program Survival Rakan Muda
Makluman kepada semua peserta PROGRAM SURVIVAL RAKAN MUDA yang akan diadakan di GRIK, PERAK pada 16 – 18 OKTOBER 2009, program ini terpaksa ditunda selepas peperiksaan akhir semester. Hal ini kerana terdapat masalah teknikal yg x dapat dielakkan. Pihak SRM UPSI memohon maaf di atas kesulitan yg dialami. Maklumat program ini akan dihebahkan dari semasa ke semasa. Oleh itu, kami memohon agar peserta prihatin & peka dengan perkembangan program ini dgn melayari blog kami. Kerjasama anda amatlah dihargai, sekian terima kasih...
' PRIHATIN, MAHIR, DINAMIK '
Thursday, October 8, 2009
TAKLIMAT PROGRAM EXPLORE THE LARGEST NATURAL LIMESTONE CAVE
Perhatian kepada semua peserta Program Explore The Largest Natural Limestone Cave, satu taklimat akan diadakan seperti butiran berikut:
Tarikh : 8 Oktober 2009
Hari : Khamis
Masa : 8.00 malam
Tempat : Bilik Pameran, Bitarasiswa
Oleh itu, semua peserta wajib hadir bagi mengesahkan penyertaan anda. Kerjasama semua amatlah diharapkan. Sekian, terima kasih.
"PRIHATIN, MAHIR, DINAMIK"
Tarikh : 8 Oktober 2009
Hari : Khamis
Masa : 8.00 malam
Tempat : Bilik Pameran, Bitarasiswa
Oleh itu, semua peserta wajib hadir bagi mengesahkan penyertaan anda. Kerjasama semua amatlah diharapkan. Sekian, terima kasih.
"PRIHATIN, MAHIR, DINAMIK"
Wednesday, October 7, 2009
Gambar Program Menjejak Gunung Nuang
Thursday, October 1, 2009
Program Menjejak Gunung Nuang 2009
Program anjuran Rakan Kecergasan, SRM UPSI ini akan diadakan selama 3 hari 2 malam yang bertujuan untuk mendedahkan kepada pelajar UPSI mengenai keindahan flora dan fauna serta mengenali reka bentuk gunung yang terdapat di Malaysia. Selain itu, ia juga bertujuan mewujudkan semangat cintakan alam sekitar serta meningkatkan tahap kecergasan dalam kalangan peserta program. Program ini bertemakan "Membentuk kecergasan mahasiswa sejagat". Program yang berkonsepkan kecergasan, lasak dan cintakan kehidupan alam semulajadi melibatkan setiap orang peserta yang akan mendaki Gunung Nuang yang dikelilingi flora dan fauna yang memukau. Melalui program ini, peserta dapat mengenali dan menikmati keunikan bentuk muka buminya yang menarik kunjungan pendaki tempatan dan luar negara.
Tentatif Program
2hb Oktober 2009 (Jumaat)
2.30 ptg - Berkumpul di hentian bas Auditorium, pembahagian barang2
2.45 ptg - Majlis perasmian Menjejak Gunung Nuang 2009
3.00 ptg - Bertolak ke Gunung Nuang, Hulu Langat
5.00 ptg - Dijangka tiba ke destinasi
5.30 ptg - Trekking ke Lolo
8.00 mlm - Persiapan tempat, makan & solat
9.30 mlm - Taklimat keselamatan
10.00 mlm - Minum malam
11.00 mlm - Rehat
3hb Oktober 2009 (Sabtu)
6.00 pg - Persiapan diri & solat Subuh
7.00 pg - Sarapan
8.00 pg - Ekpedisi mendaki
11.00 pg - Dijangka tiba di Base Kem
12.00 tgh - Makan tengahari
12.30 tgh - Pendakian diteruskan ke puncak Gunung Nuang
2.00 ptg - Dijangka tiba di puncak Gunung Nuang
3.00 ptg - Bertolak turun ke Lolo
6.30 ptg - Dijangka tiba di Lolo, persiapan diri, solat dll
9.00 mlm - Makan malam (BBQ)
11.00 mlm - Rehat
4hb Oktober 2009 (Ahad)
6.00 pg - Persiapan diri & solat Subuh
7.00 pg - Sarapan
8.00 pg - Bertolak turun
12.00 tgh - Dijangka tiba dataran
1.00 ptg - Bertolak pulang ke UPSI
3.00 ptg - Dijangka tiba di UPSI
Subscribe to:
Posts (Atom)