Thursday, March 11, 2010

Pertandingan Sukan Dalaman (Indoor Game)

Salam Rakan Muda,

Perhatian kepada semua warga UPSI, pihak SRM UPSI akan menganjurkan aktiviti berbentuk pertandingan Sukan Dalaman (Indoor Game) sempena Pesta Konvokesyen Kedua Belas Sidang Pertama Mac 2010. Oleh itu, dijemput kepada semua warga UPSI khususnya ahli SRM UPSI agar dapat menghadirkan diri bagi memeriahkan aktiviti berkenaan. Antara aktiviti yang akan berlangsung adalah :

1. Kiub Rubik
2. Dart
3. Karom
4. Congkak
5. Sahibba
6. Menyusun Puzzle

Yuran penyertaan hanya RM 2 bagi setiap pertandingan dan hadiah ditawarkan kepada tempat pertama, kedua serta ketiga. Tebuka kepada semua mahasiswa dan mahasiswa UPSI. Maklumat pertandingan seperti berikut :

Hari : Isnin

Tarikh : 15 Mac 2010

Masa : 2 - 5 Petang

Tempat : Pentas Utama Konvo

Sijil akan diberikan kepada setiap penyertaan. Yakin Boleh Gemilang...

No comments: