(Kategori Bukan Akademik)
Replika cek pemenang anugerah
Sijil Penghargaan
Saturday, April 3, 2010
ANUGERAH KETRAMPILAN PELAJAR 2009
Syukur Alhamdulillah, Sekretariat Rakan Muda UPSI telah berjaya merangkul Anugerah Persatuan/Kelab (Kategori Bukan Akademik) sempena Malam Anugerah Ketrampilan Pelajar 2009 yang telah diadakan di Hotel De Palma, Ampang, Selangor pada 2 April 2010. Malam Anugerah Ketrampilan Pelajar ialah majlis rasmi anjuran Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (JHEPA) yang diadakan secara tahunan. Majlis ini sesuatu yang berprestij dan akan dijadikan mercu tanda pengikhtirafan universiti kepada mana-mana pelajar atau persatuan yang telah terpilih daripada kalangan mereka yang telah menunjukkan prestasi tinggi dalam pelbagai aktiviti selain bidang akademik yang dijalankan sepanjang tahun 2009. Kami daripada barisan SRM sesi 2009/2010 ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada barisan SRM sesi 2008/2009 yang telah berusaha menaikkan nama SRM UPSI sehingga berjaya memenangi anugerah tersebut.
Piala Anugerah Persatuan/Kelab
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment