Friday, April 2, 2010

PROGRAM RAKAN MUDA WAWASAN DESA (RMWD) IPT 2010 PERINGKAT NEGERI PERAK

Sekretariat Rakan Muda UPSI dengan kerjasama Jabatan Belia & Sukan serta Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni akan menganjurkan program Rakan Muda Wawasan Desa IPT 2010 peringkat negeri Perak. Butiran program adalah seperti berikut:

Tempat : Segari, Lumut

Tarikh : 8 hingga 11 Mei 2010

Bilangan Peserta : 80 orang

Kepada sesiapa yang berminat, bolehlah mendapatkan borang penyertaan pada 7 April 2010 di Pejabat Sekretariat Rakan Muda, Bitarasiswa mulai jam 9.00 pagi – 5.00 petang. Program ini ditanggung sepenuhnya dan terbuka kepada ahli SRM UPSI.

Satu taklimat mengenai RMWD ini akan diadakan pada masa yang akan ditetapkan kelak.

Harap maklum, Yakin Boleh Gemilang.

Sebarang masalah dan pertanyaan, sila hubungi pihak sekretariat.

1 comment:

نورالهدى said...

nk join... tp xambk borg lg.. x sempat..camner ek?clo